Takzirah Ramadan bertajuk 'Kelebihan menjamu orang berbuka puasa" Ustaz Zamri Safiq



Rasulullah SAW menjanjikan tiga kelebihan menjamu orang berbuka puasa. Pertama Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya, kedua dibebaskan daripada api neraka, ketiga ia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang dijamu semasa berbuka puasa. Besar ganjaran yang dijanjikan Allah Taala dan Rasul kita. Menurut Rasulullah SAW, sesiapa yang menjamu orang berbuka puasa walau hanya dengan sebiji kurma, seteguk susu, atau sehirup air, cukup untuk mendapat ganjaran yang dinyatakan tadi.